Wednesday, May 1, 2013

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!''
Maka kata si guru.....


"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna.
Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu.
Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.
Kenapa?


Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong....

Tuesday, January 8, 2013

Aku seorang isteri...

Alhamdulillah, sebenarnya banyak rasa yang bertakung dihati, cuma keinginan untuk mencoret tidak membara menjadikan takungan hati itu akhirnya pudar oleh masa. Serasa seperti mahu mencoret tentang hidup yang kini semakin mudah.

Hidup sentiasa berteman, susah yang sentiasa ada penyelesaian. Kerisauan ada, tapi masih boleh dilipat kemas-kemas agar tidak serabut serabai dalam hati. Itu kemudahan yang boleh dilihat mata zahir.

Kemudahan yang tidak terpandang dengan mata fizikal adalah kasih sayang dari Tuhan. Betapa Dia memudahkan seorang wanita menambah amal ibadahnya, mencari jalan takwa, menikmati kalimah redha. Mudah asalkan didasari dengan rasa sabar dan ikhlas keranaNya.

Di malam hari, melawan kantuk mata menekan suis seterika, kalau dilakukan seikhlasnya, menggosok baju suami tercinta membuahkan pahala yang pertama. Senyum, salam, peluk dan cium jika ikhlas mengalirkan cinta dalam lambaian selamat pergi bekerja adalah habuan pahala yang seterusnya.

Hujung minggu sihat dengan riadah rumah tangga, mencuci baju, mengemas rumah seadanya. Rutin mudah yang tidak perlukan cabaran minda. Buat dengan tekun dan sabar, ganjaranya pahala dari yang Esa.

Dilidah ia mudah untuk dimadah, beban dan kepenatan menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan, kesabaran yang kurang akan menukarkan segala amal ibadah itu menjadi dosa keingkaran.

Buat wanita yang telah lama bergelar isteri, beruntunglah dan bersyukurlah. Buat wanita yang belum bergelar isteri, percepatkanlah menuruti sunnah. Dan buat para wanita yang baru bergelar isteri seperti aku, memang memakan masa untuk mengadaptasi segala. Jika dulu, rutin-rutin itu hanya bila perlu, sekarang ia sentiasa perlu. Apa yang anda perlu lakukan, didik hati agar menjadi lebih ikhlas dan sabar, selepas itu hidup akan jadi lebih mudah, tenang dan bahagia. Memang memakan masa, tapi percayalah dihujungnya nanti ada cinta, ada redha, ada bahagia. 

Wallahualam.

*credit to the original writer, senior debat saya, puan zakia.. * 







Sunday, October 14, 2012

Kisah kasih tentang ayah...

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jgn minum ais!”.Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau?
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaan nya...Ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau...

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@universiti untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu-ini, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah,ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya....Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah puteri kecilku yg manis bersama pasangannya”..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.....



Sunday, July 15, 2012

Entri Buat Kamu


Kamu....masih lagi di awan biru barangkali....Aku doakan semoga perjalanan kamu lancar.....


Aku masih ingat lagi kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat saat aku masih bergelar pelajar dulu.. Tentang apa kisahnya,biarlah ia menjadi rahsia..Namun,yang pasti,sejak mendengar kisahnya itu,hampir saban malam,berlalunya tahun demi tahun,aku tidak pernah berhenti berdoa memohon Dia berikan yang terbaik & sesuai untukku..Hatta ketika berada di universiti dan sehingga hari ini,aku masih lagi melakukan rutin yang sama... Kisah itu yang menjadi penguat semangat untuk aku...

Benarlah waktu yang sesuai untuk dua individu bakal bertemu hanya Dia yang Mengetahui.. Di saat aku sedang berduka,menahan kesakitan hati(personal reason),ketika itulah kamu hadir.. Kamu jawapan dari Tuhan di saat aku meminta..... Kalau tidak disebabkan kata-kata kamu yang concern sebagai permulaan nya....Kalau bukan kamu yang bersetuju untuk belanja “ex-budak praktikal” ni time die dapat 1st job, kalau bukan kamu yang minta no bb pin, kalau kamu bukan insan yang pertama datang ke rumah secara rasmi, kalau bukan kamu yang setuju nak celebrate birthday kita sama-sama 19 disember lepas,,,,kalau bukan kamu yang kenalkan aku dengan orang tua kamu....Mungkin.....Hingga ke saat ini aku cuma mengenali kamu sebagai salah seorang staff senior tempat praktikal, tak lebih daripada itu......


30 Jun 2012.... 1 perkataan untuk menggambarkan seluruh hari, Gembira!! =) Salah satu daripada tarikh yang amat bermakna dalam hidup aku....Tarikh yang berjaya membuatkan diri tersenyum penuh kelegaan,kesyukuran..Terharu dengan kehadiran saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat, juga tak putus-putus ucapan tahniah atas pertunangan ini...Tambah mengharukan dengan pemberian kek "Selamat Bertunang" dan kuih-muih untuk semua yang hadir....Thanks a lot...Setelah hampir 24 tahun, akhirnya penantian untuk perkara yang satu ini hampir tiba ke penghujungnya...


Allah kata berdoalah padaNya,insyaallah akan dimakbulkan...

“Ya Allah,dengan kerendahan hati kami memohon,satukanlah hati kami,permudahkanlah urusan kami berdua untuk mencari redha-Mu ......”





Sunday, July 31, 2011

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.

Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri.

Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.

Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.


Bercinta kerana Allah

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Seperti mana firman Allah:


"Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin"
(al-Isra’: 82)


Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.

Sentiasa menjaga peraturan cinta

Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta.

Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.

Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.

Teh O Ais vs Teh Strawberry

Petang2 begini duduk lepak, online smbil minum teh strawberry mmg best....sy bukan peminat teh tp disbbkan ada campuran strawberry (teh cameron highland),sy minum...

Sy pelik kenapa la kbanyakan lelaki suke minum teh..pling sng nak observe, klu kat kedai mkn tu compem mesti dorg order teh ais@teh o ais/suam.... 

Best sgt ke minum teh ni....*curious curious*...haha...smpai skg x dpt nk carik jwpnnye tp yg sy tau,teh strawberry kat umah ni tinggl brp paket je lg, and sy yg pling byk minum compare dgn the rest of my family...hahah..sedap kot rs die,sekali minum rasa nak minum selalu...ahaha...

p.s (so...does that means sy dah jadi peminat teh jugak?......) 



Saturday, July 30, 2011

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu… Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia… 
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya…
Dalam kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yg terasa berat ..Hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar… kerana ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..saat hambaNya tidak taat dan melanggar laranganNya..DIA masih memberi..saat hambaNya masyuk dengan dosa DIA masih mahu memberi..disedarkan dengan dugaan sebagai peringatan agar tidak jauh tersasar dari landasan...ALLAH itu Maha Kaya...
Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi…!.Biarkan kekecewaan berlalu..agar kegembiraan berlagu….!Biarkan kegelisahan lenyap..jangan kita hilang semangat…!Biar penderitaan itu menyapa…agar kekuatan kita jana semula…