Sunday, July 31, 2011

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.

Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri.

Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.

Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.


Bercinta kerana Allah

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Seperti mana firman Allah:


"Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin"
(al-Isra’: 82)


Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.

Sentiasa menjaga peraturan cinta

Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta.

Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.

Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.

Teh O Ais vs Teh Strawberry

Petang2 begini duduk lepak, online smbil minum teh strawberry mmg best....sy bukan peminat teh tp disbbkan ada campuran strawberry (teh cameron highland),sy minum...

Sy pelik kenapa la kbanyakan lelaki suke minum teh..pling sng nak observe, klu kat kedai mkn tu compem mesti dorg order teh ais@teh o ais/suam.... 

Best sgt ke minum teh ni....*curious curious*...haha...smpai skg x dpt nk carik jwpnnye tp yg sy tau,teh strawberry kat umah ni tinggl brp paket je lg, and sy yg pling byk minum compare dgn the rest of my family...hahah..sedap kot rs die,sekali minum rasa nak minum selalu...ahaha...

p.s (so...does that means sy dah jadi peminat teh jugak?......) 



Saturday, July 30, 2011

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu… Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia… 
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya…
Dalam kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yg terasa berat ..Hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar… kerana ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..saat hambaNya tidak taat dan melanggar laranganNya..DIA masih memberi..saat hambaNya masyuk dengan dosa DIA masih mahu memberi..disedarkan dengan dugaan sebagai peringatan agar tidak jauh tersasar dari landasan...ALLAH itu Maha Kaya...
Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi…!.Biarkan kekecewaan berlalu..agar kegembiraan berlagu….!Biarkan kegelisahan lenyap..jangan kita hilang semangat…!Biar penderitaan itu menyapa…agar kekuatan kita jana semula…

Monday, July 25, 2011

Semalam Yang Hangat :)

Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

( korus )
Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya...oh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....

Monday, June 27, 2011

What should i say...its nearly end.....and i know I'll be missing this moment......

Sunday, June 12, 2011

For months I haven’t updating anything here..And now I’m summarizing things that happened to me recently..
JOB HUNTING
I received offers from other organizations and one of it is PNB…since it was PNB (PERMODALAN NASIONAL), I accepted the offer and withdraw the other offers that I got..
As for the PNB training program, I was informed that there are about 600 applicants and I’m among 100 that passed through and were accepted along with other friends…
My main aim is…of course…to build my career there…But, as the staff mentioned that the program didn’t promised job, thus I decided to find other opportunities.  The training was impressive and I enjoyed it very much, great….the environment, the staff, the HR manager, friends, in simple words…I just love it…
Before quitting, I went for an interview at one of the private company near to my house (food industry company) and successfully I made it..I got the job (Accountant)..However, due to low salary, I withdraw the offer… After the withdrawal, I got another offer..It’s a training program under MOHE that promised a job for me upon completion (RM2000++)which I accepted.
But now, I am regretting….. (personal reason)…………….. huhuhuh   =( As usual, the best person to talked to is always mom n dad… they wanted me to continue with the program…I’ve already decline some offers that I got before so they thought I should just carry on with this….
For the program, I was placed in class 5 under Miss Alia supervision. Surprisingly, she can do personality reading. At the end of my first day here, she told us that she already know what kind of person we are…
POINTS FOR IMPROVEMENT
Among things that she mentioned when she “read” me :-
-I have goals, I know what I want to do, what I want to achieve, but my afraid feeling is more than my desire to achieve the goals…  sometimes, there are things that happened in my life and I feel regrets bout it….
Remarks : (ok,point taken,so kne ubah pemikiran,jgn takut)
-I’m very afraid to make mistakes..Miss Alia kata x bole cmni…I cannot be like that...dont be afraid to make mistakes, all of us make mistakes in life and we learned from our mistakes…
Remark:  (hukhuk L)
-I always think I’m just an ordinary person, very ordinary…..
Remark: (sometimes we have to allow our self to appreciate talents, advantages that we have)


-I’m secretive person and sensitive… I don’t want people to see me crying…I cried at night, always comparing why it have to be this way, kalau cmni…..klu camtu……, byk what if dlm kepala
(remarks: I choose with whom I should be secretive, and with whom I shouldn’t. I mean, I share most of my probs with my beloved parents, best fren n fren that I can trust..so xde la secretive mana….)
Btw, thank you miss…. I am kinda put this as reminder for me……I want to be better~
ESSAY WRITING
-Definitely,this is  one of the thing that I like about myself.
-I just realized that I got talents in writing during my second year at the university when I won two of the essay competitions, one which I got first place, and the other one is second place.
- I don’t know how I’m performing this year..but, i do believe when someone entered a competition, he or she must have expectation to win…same goes for me….I hope I could win too….kalau menang, praises to Allah, if not, well, there’s nothing wrong trying kan J

ANOTHER INTERVIEW
-I have an interview, Tuesday, 9 am, Felda Holding Bhd(Head Quarter), KL for the post of Accounts Executive….

Wednesday, March 16, 2011

hari ini saya............

pning kepala....ni aku sure antara pnyebabnye samaada aku pk byk sgt smlm @kurang zat @tak cukup rehat....

try to sleep tp x bole jgk...lastly, x tertahan, call mak...n then try gk lg nk tdo, but still x dpt jgk..smpai la da azan asar...aku mmg x brp suke sgt tido ptg2..kalau xpning tdo pun bole pning, inikn pulak tgh pening kepala, pastu tdo pulak time ni...

lastly, aku wt la keje pape asalkn x tdo...mak suh g klinik, mkn panadol, cosmate yg rapat dgn aku, siti nur salihin pun suh makan panadol gk..tp tu la....aku xnak, xsuke mkn ubat....halamak, sabo je la..(ada rs nak ketuk kepala org yg menulis ni x?)

mungkin...mmg aku ni jenis org yg cmni kot..kalau da kata "tak" tu smpai ke sudah mmg tak la jawabnye..
so ksimpulannye, since xnak makan ubat, ubat paling mujarab...makan n tdo la....

Sunday, March 6, 2011

Kata dari hati..


Jauh merantau mencari ilmu
Universiti Sains universiti pujaan
Bagaikan sedetik masa berlalu
Kita hampir di akhir garisan

Berjalan kaki ke Taman Pekaka
Singgah di tesco membeli lepa
Luhur pekerti, pandai berjenaka
Lesung pipit tak mungkin kulupa

Panas tak mungkin kekal berpanjangan
Adakalanya hujan di tengah hari
Setiap insan punya kelebihan
Yakin dan percaya kemampuan diri

Gigih nelayan memasang bubu
Membanting kudrat di bawah mentari
Andai tiada rezeki bertemu
Baik-baik menjaga diri 

Pakaian tradisi baju melayu
Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek hujan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Hang Tuah laksamana berjasa
Amanat sultan jadi keutamaan
Andai pernah terlanjur kata
Mohon maaf segala kekhilafan



Thursday, March 3, 2011

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Saturday, February 19, 2011

Kerana aku juga mahu berbicara tentang segalanya...

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana......

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Thursday, February 17, 2011

Sakura-In heart mp3..suke lagu ni,sbb sweet :)


Separuh langkah bermula, mencari kisah sempurna
Dahulunya puncak akasia
Ku masih tertanya bila ia akan diwarna semula
Pre-chorus:
Hanya diri ini fahami erti
Romantisnya kisah meredahi dimensi
Diri ini jadi ironi
Tentuan ini semega misteri
Chorus:
Oh sakura, kembang mekar namun hanya seketika
Bertaburan jatuh penuh di angkasa, di sana
Sayu bila sedar ia tiada, di depan mata
Biarkanlah keindahan itu, kekal masih ada
Setia menunggu bagaikan diriku, percaya
‘Kan bersinar kembali sepertinya
(Japanese girl talks)
Pre-chorus:
Hanya diri ini fahami erti
Romantisnya kisah meredahi dimensi
Diri ini jadi ironi
Mekar sakura semega misteri
Chorus
Di dunia bukannya figura di syurga
Namun syukurlah dengan redha penuh rela

Tuesday, February 1, 2011

Hari ni aku teman mak mengaji quran kat masjid... :) Kelas die 3 ptg smpai Asar...Aku kenal ustazah yg mengajar tu, sbb da pnh g mengurut dgn die...(sakit kaki)..
Seperti kebiasaan, bila ada dalam majlis agama mcm ni, msti akan dimulakan dengan tazkirah sket...Antara yg aku ingt kata2 ustazah tu tadi....

1.Amalan berharga sebagai bekalan kita di alam kubur nanti : ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah, & anak soleh...anak ni ada masanya kadang2 die lupe nak bg doa kt kite bila kte xde nanti, tp ilmu..selagi mana kita belajar, manfaatkan, ajar org, org praktikkan apa yg kita belajar, pahala die tetap mengalir pada kita..macam tu jugak dgn sedekah...kalau xde apa2 nak buat, ada masa lapang, baca quran... kalau tgk pun da dpt pahala, apatah lagi bile membaca..pahala berlipat kali ganda...

2.Istiqamah...dalam setiap perkara yg kita buat, msti kena istiqamah...stiap malam sebelum tdo, kalau boleh harap kita dapat buat solat istiharah n solat sunat taubat...kalau rs2 sebelum tdo tu x dpt nak hbskn bce yasin@surah al-waqiah sbb ayat die byk, klu da mengantuk sangat2 pun, skurang2 nye baca la al-mulk..
Solat istiharah ni ada org yg kata afdalnya kne wt 3, 4, 7 kali berturut2...tp kalau Allah nak bg petunjuk kat hamba nya, sekali buat pun da dpt apa yg dicari..Bila dijadikan kebiasaan, istiqamah, insyaallah kita akan rasa hasilnya..smpai 1 tahap kita akan rasa tak boleh klu x buat,maknanye kita sudah dapat merasa kelazatan iman drp ibadah kita...Bukan ape, takut saat kita tidur tu, nyawa kita diangkat....Tak de dah la "alhamdulillah hillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinnusyur (doa br bangun tdo)...dalam hidup kita ni tak lari dari melakukan dosa...

3. Apa2 yg kita buat, pakai baju ke bersolek, pergi mana2,mulakan dengan bismillah...(dengan nama allah),semoga apa yg kita buat diberkati...Pentingnya bacaan bismillah ni sampai sembelihan pun, binatang yg disembelih dgn bacaan bismillah je yg halal utk dimakan.......

Dan pelajaran hari ini..
Surah An Nisa ayat 114-127(mukasurat 97-98)
Rumusan:
tadi belajar tajwid:-
1.mahraj huruf(hijaiyah)
2.mad asli(alif-sebelumnye baris atas, ya-bawah, wau-depan), mad lin(huruf mad yg sblmnye bkn berbaris spt keadaan dlm mad asli, contoh ya-sebelumnye baris atas)
3.idgham maal ghunnah(nun mati/tanwin bertemu ya, wau, mim, nun), dengung 
4.qalqalah
5.mad silah qasirah
6.mad arid lilsukun(mad di hujung ayat)
7.iqlab(mim mati bertemu ba)
8.alif dhommah, hamzah wasol
9.mad wajib mutasil(huruf mad bertemu hamzah dlm 1 kalimah)
10.kalau dlm bacaan ada tanda jim dgn huruf sod lam ya klu bole teruskn bacaan, tp klu nafas pdk, bole bhenti..
11.kalau jumpe tanda mim pulak, ekor pdk, kat atas huruf allah, kne wakaf(berhenti) kat situ, dgn kadar 5 harakat.
12.mad iwad(bila ada huruf mad & diakhiri huruf yg berbaris atas(//) pada hujung ayat..
13.kalau jumpe huruf wau, atas die ada tanda sukun bulat, wau tu dah xde bnyi n xyh baca 2 harakat)

pas habis bljr td, solat asar bersama2 n ada minum ptg sket...time amik wuduk, ada sorg makcik ni tgk muka aku, n ckp something psl aku..(pujian)..alhmdulillah..

Tenangnya di masjid..best gk ikut mak ek.. =)

Hari ini juga sedang menunggu angah pulang dari matrikulasi....Lama tak jumpe adik yg seorg ni..













 

Friday, January 21, 2011

Kelebihan surah al ikhlas

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Thursday, January 20, 2011

Berjalan, Melihat dan Mentafsir...

Oh! I found my self quite miserable today...well, actually not that miserable cz at the end, help is always there :)

Lecture for Internal Audit end too early than I thought..Supposedly it will end at 12...

Thus, as the class end, I decided to go to Indah Kembara n meet one of my lecturer there.

I've parked my car just in front of d cafeteria but then when I ask d staff, she told me that his room situated at another building....

And so I'm walking using d small path connecting the 2 cafeteria.. I  cant remember what I've been thinking at the moment but then all of sudden.....I fall tragically.....isk3...pity myself...I try to stand up but I just couldnt...I checked my left knee, and it's bleeding...N my right ankle sprain...Luckily nothing happen to my favourite pants(which my mother bought for me).....Aku dah nak smpai cafe time tu tp org yg mkn kt situ tlg tgk ada la...~haha,ingt lg time skolah dl pnh jatuh, ad la jgk org nak tlg,kat sini jatuh bgn sdiri ye izah...

I walked slowly until I reach the lecturer room..Knocking the door twice, he invited me to come in..But then, there's another lecturer inside...(dalam hati tetibe terdetik, cam lama je kne tgu nih...)...I waited outside....Betul tekaan aku...Memang lama tunggu lecturer tu smpai finally aku rasa cam nak balik je...Dari 1 topik aku dgr die ckp psl topik2 lain lak...Haha rasa nak gelak pun ada...Kaki ni pulak da tergedik2 mintak tuan die buat ape yg patut....Sabar jp eh...Dr yg aku nak jmpe ni agak memahami jgk,die kuar jap dr bilik die suh aku msuk tp aku kate xpe,aku tgu smpai urusan dorg settle....
Lastly, bila ad call, lecturer tu pun kluar...aku msuk n tanya ape bnde aku nk tny.....

Mse nak balik, aku g pejbat desa IK, tny dorg ad 1st aid x...Staff kt situ tlg sapu ubat n letak ape bnde ntah yg kaler putih tu dgn salotape bnde putih tu kt lutut aku... Dgn keadaan kaki kanan tseliuh,aku drive balik tekun....

Sampai je tekun, sasaran pertama : mak...Laju je aku mengadu....Dlm dunia ni, mmg xde kawan yg paling baik n memahami selain mak, abah n adik2..... (Kwn2 sekolah n kwn2 yg rapat dgn aku kat cni pun baik tp mmg tak sama la nak bnding family n frens kn...I'm trying to be honest :) ..Mak kata esok die datang tgk aku.... Mak ai, bersalah gile..jauh tu dr sngor nak dtg penang smata2 nak tgk aku.... Tapi mak explain, Pak Su aku yg duk Sungai Petani tu nak bertunang ahad ni...bakal tunang die tu PTD, org putrajaya...

.

Tuesday, January 18, 2011

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama

Friday, January 14, 2011

-When it mean to happen, it will happen. If not, there is another plan for you.

-Allah tahu apa di dalam hati setiap insan. Waktu yang sesuai kepada dua individu yang bakal bertemu hanya Dia yang Mengetahui.

-Setiap pertemuan yang Tuhan temukan, ada signifikan yang hanya Dia ketahui. Cheerish and live it.

-Apabila kita mahu berubah menjadi diri kita yang terbaik, lambat atau cepat, Dia akan ketemukan dengan kawan-kawan yang terbaik.



Thursday, January 13, 2011

I know what I want..

Step by step =)

Monday, January 10, 2011

 1.Adik masuk TV hari Jumaat,14/1/2011....Nasi Lemak Kopi O, 8 pg, TV9..Novelis termuda Malaysia ni nak kongsi cerita pasal novel sulung die Gadis Piano yg mendapat sambutan sangat menggalakkan....Slot die awal rancangan....So kena tgu dpn TV awal2,tkt ter miss..






2. Aku...

Hari ni cuma ada 3 class... 3-4 ptg,tutorial Strategic Management(SM), 4-5,International Business,5-7 ko-k....since class aku xde gap, so nmpknye utk ko-k sem ni,tiap2 isnin la aku akan msuk class lewat....

SM hbs awal...kluar class, aku g register jd member Japanese Society, amik "culture Jepun" dgn Salihin...(hajat hati nak blaja wat sushi,hehehe~~)....Pastu g isi form Buddies kat International Office...Tak expect pun dpt..tp klu dpt pun bgus gk, bole improve communication in english.... 

Then, time nak g ko-k tadi tersilap BT...bole lak kan, as fourth year USM, aku xtau BT 143 ktne...
"awak, nak tnye..BT 143 katne?kat cni ke area DK Z ek?"
"rasanya kat sini"..baru je aku jalan g arah btentangan dgn DK tu, dorg pggil aku balik "dik, cube cari kat tmpat BT atas foyer DK ni.."

ADIK? hahaha....pun boleh.....(terasa muda sekejap).... =P
Aku pun jalan2 la....smpai je kat deret BT yg banyak2 tu, aku nmpk 2 org mamat cam tgh mencari2 class gk..
malu bertanya sesat jalan kan..so aku pun rajinkn diri btnye "korg ada ko-k ye?".. "aah,kat BT149" "amik ko-k ape" "seni khat" "sama la..saya amik seni khat gk" "rasanye BT die xde kat sini la,kat area DK U kot".. hahaha....nasib baik jumpe dorg ni..kalau x aku blaja sorg2(aku lah cikgu,n anak murid)....

Kat class td,ustaz tu bg kuliah n tazkirah sket....alhmdulillah...dpt jgk ilmu....sebenarnye aku amik khat sbb cosmate aku(x-rumate) amik gk sem lps..aku xtau ko-k ada seni khat before ni...n bile fikir2, mmg bmanfaat pun(utk aku)...tmbh lg mak beria-ia suruh aku amik....die tau anak die ni lemah sket bab2 seni, hias2,  creativity..So,aku harap hbs sem,aku da bole tulis tulisan khat cam org wat hiasan kat dinding tu(before ni tgk yg display ni,skg nak apply sdiri).... =)

Friday, January 7, 2011

Seperti biasa, tepat pukul 6 aku dikejutkan alarm phone lama aku...sekarang dah gune 2 nombor, blackberry sim maxis, phone yg satu lg no celcom...

Lepas bersihkan diri dan solat, aku trus tdo balik...So alkisahnya, handphone lama aku ni hbs battery(klu da hbs battery set la alarm kul bp pun cnfirm xkan bunyi kan)..n aku ada class 10 pg...rumate aku dgr bunyi fon aku hbs bttery..aku pulak syok btl tdo....so dgn rasa tanggungjawab die kejutkan aku...
"izah,dah kul 9.." aku pun bgn...termangu jap kat katil ada dlm 10 minit, pk nak pakai baju ape da 8 minit..aku tau da lmbt tp stil lengah2 lg..mndi pun blm lg...

10.15 baru aku siap...pastu bole lg pk,mn lg cepat,naik bas ke kete...kete nak panas enjin dulu,cari parking lg..klu naik bas pecut 100 meter ala2 watson nyambek da bole smpai kt tmpat tgu bas dpn DUP tu..last2 aku pilih gk naik kete..hahahha...

Smpai kat parking lot dk s,t,u,v, dgn innocent aku parking je kat mana2 tempat parking yg ada tanda petak..10.30..berani ke masuk class INTERNAL AUDIT ni.....oleh sebab aku perempuan sejati n aku tau muke aku tetap cute wlaupun malu,aku masuk gk class(gune pintu belakang).. =P

Habis class, g BJ main bowling dgn salihin, wani, farah n aida..Baru aku tau ada hikmah kenapa aku smpai lmbt g class..Tmpat aku parking tu x bole parking rupenye cz tmpat staf(undang2 bru)...Kereta deret aku kene saman tp sbb dtg lmbt,aku terlepas la cz abang gad tu dah g tmpat lain time tu..Alhamdulillah...aku bukan ape,previously dah 2x dh kne clam..xde ampun2 da klu kne saman kali ni...mau 60 inggit terbang...

Aku balik dr BJ kul 6...Having fun kuar dgn dorg..Klu ada rezeki, bole hang out lg sm2 kan.. :)


Then,kul 8 ada dinner(Malam Penghargaan Pesta Bola Jaring)...Lagi brighten la hari aku,sebab bwk balik sijil n hadiah pghargaan utk sekretariat...door gift pulak stiap org dpt 1 tp td,mase sekretariat iring tetamu kehormat balik, pegawai wakil nestle yg dtg(Encik ape ea name die,lupe da)bagi aku door gift die..rezeki...tq2~


                                    Me wif Kesa,Vice Chairperson 2 &Vice Chairpson 3

Wednesday, January 5, 2011

1.23 AM, tapi masih belum tidur...Alhamdulillah..pergi jugak bersapa dgn mereka :) Esok kne bangun pagi...aku berharap semoga ia menjadi rezekiku.....

Oh...sebelum terlupa,ada x petua utk avoid nervous?aku ada masalah nervous, lbh2 lg bile melibatkan deal dgn certain2 org...peliknye presention, public speaking, interview, menyanyi(zaman dolu2), debat xde pulak nervous...tipu la x nervous lgsg kan..ada,tp x la nervous smpai cam gini...huhuhu

Ok,tak kisah la nervous cmne agaknye aku esok...i'l definitely give my best for it...ZzzZzzzZz....

Tuesday, January 4, 2011

Should I go...

pergi, tak pegi, pegi, tak pegi..pegi ke xyah..50 50..ok positive...senang cite, pegi..kalau x dialukan,balik...
Tadi...aku turun gi surau tkun prmpuan..niat nak pjm sejadah(sementara tgu balik raya cina t)..sebab cam x best je klu wat bnde lain sbg alas...thus,aku pun turun...

Sampai kat surau, aku nmpk makcik cafe tgh solat..tp semua kipas x pasang,so aku tlg bukakkan kipas kt tmpt die solat... :)

Tak lama pastu, ada sorg bdk p masuk dlm surau tu..die tgur aku "dah solat ke?"aku pun jwb"belum lg.." trus die ckp "solat sekali ye"..aku angguk n ckp "awk jd imam ye"..n aku iqamat...

Aku jarang solat berjemaah....Kat rumah pun masing2 solat sdiri2..slalu pun klu abah n mak berjemaah,aku cuti...kadang2 je aku solat jemaah dgn adik..tp mmg jarang la...slalunye sendiri2...huhu~~..dlm hati tdetik jgk,bagus bdk ni..br 1st time knl,tp sudi ajak aku solat bjemaah sm2..Tgk cara,kelancaran dan ketenangan die,aku rasa die biase jd imam..bila tny pun,die mengiyakan.."ktorg slalu bjemaah kt sini mgrib n isyak..kdg2 ada jgk usrah...dtg la malam ni,ajak kwn2.."insyaallah"..

Sempat la jgk sembang2, tny soalan2 lazim...asal mana,cos ape,thn brp...bile tau je aku 4th year, die tkr pggilan jd kak izah...tp aku suh die pggil izah je...ntah,rasa pggilan KAK kt dpn tu cam barrier je bile nak bkwn dgn seseorg esp junior,aku rs lg rapat klu jz gne nama je...(ni cuma pandangan aku,org lain aku xtau la)..bfore balik,die tny nombor bilik aku...Alhamdulillah...ada hikmah g pjm sejadah kt surau...tmbh lg sorg kenalan.. :)

Sunday, January 2, 2011

Pengurus, Anak dan seorang ibu.......

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga  perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah  membayar  semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air  di tangannya.

Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang  dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Saturday, January 1, 2011