Monday, August 30, 2010

Taken from others

Kehebatan Malam Al-Qadr 
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.
Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Wednesday, August 25, 2010

EXPLORACE

Oh...walaupun hr ni aku jz ad 1 class je, tp da mcm hr yg ad class lak..Kjp g sana,kjp g sini...

Babak 1:
Pagi td g library...

Babak 2:
Tghri, kuar dr library, aku g coop lak..Dari smlm lg da set nak beli something...Round2 skali tgk harta brg tu 48.00..Dlm purse ad 40.00 je..Benda tu kat dalam tempat kaca n dikunci rsnye..Kebetulan Assistant Manager tmpt tu ad kt situ,br kuar dr bilik die..Dia pun tny la kt aku nk bli ke x..Aku pun ckp nanti sy dtg balik..duit sy x cukup,kne g draw dl....

So mendaki la g cimb jp...smbil turun tu pk blik,nak beli ke x,ke nk tgk tmpat lain kot bole dpt murah sket...masuk coop balik...pk pnye pk,last2 bli test pad je...hahaha...

Babak 3:

Smpai kt deret kedai Sg Dua, aku terus masuk 1 kedai ni...Tny kt die bnde yg sama...btl tekaan aku,mmg dpt murah...Aku pun trus bli...Masa nk blik,tgk 1 insiden kt exit nk kuar tu,aku x sure sgt what happen tp nmpk ad moto,then ad beberapa org cam kerumun kt die,n ad sorg lg tlg die g kt motor die blik...(Dlm hati: Accident ke?)...

Babak 4:
Babak paling menarik......
Masuk balik dlm USM..Destinasi seterusnya Foyer DK....Elok je aku parking,tiba2 br sedar something........HANDBAG......ALAMAK CAMNE HANDBAG BOLE HILANG PULAK NI....Aku da mula CEMAS........Relax Izah...Tmpt duduk dpn,blkg,bwh kaki sume aku check....mmg CONFIRM...TAKDE...Aduh...Selamat handphne,bnde yg aku bli td,n plg pnting purse ada kt tgn aku....Dlm handbag ad notes, tali kad matrix,kad matrix dgn kunci bilik.....Luckily, bnde yg aku bli tu ad cop n ad no tel...Aku pun call kedai tu.....X jawab pulak...Ad 1 cara je lg...G Sg Dua semula......Aaaaaaaa......

Babak 5:
Nasib baik...Aku mtk tlg sorg bdk HBP ni n die drop aku sebelah guardhouse kt Sg Dua...Smpai kdai tu,aku citer la ape yg dah jd...Die ckp kt aku,td die xde nmpk aku bwk beg mse dtg kedai die..Aku pun ckp kt die,beg tu xde kt dlm kete,so aku ingtkn t'tinggal la kt kdai tu...Huhu,dah sedih dah beg x jmpe...Die suh aku tinggalkn nama,no phone n masa aku msuk kedai tu...Aku bjalan kaki dr Sg Dua nk g Foyer DK smula...On the way jln,br teringat.......Alahai....aku da tau dah handbag aku ad kt mn......


Babak 6:
Aku da smpai setelah berjalan kaki dr Sg Dua.......Handbag tu kat almari tempat simpan barang kat COOP........Td aku mmg ad simpan beg bfore cari bnde yg aku nak tu......ADOIII....................Dr coop, g smula ke foyer dk...Finally, br bole balik Tekun dgn aman...............



Ending:
Pasni g mn pun, kne ingat tempat2 yg kita da g...

CINTA DAN KASIH SAYANG

Cinta dan Kasih Sayang 1 : Angah...
Hari Isnin,angah call n msg aku bgtau keputusan semester 1 matrikulasi....dan alhamdulillah keputusan yg amat memberangsangkan....Sebagai kakak,aku sangat bangga dengan pencapaian dia....Walaupun hanya memerhati dan memantau dari jauh....Dalam hati aku sebenarnya rasa sangat senang bila dia mintak pendapat aku walaupun kdg2 utk bnda yg agak remeh...Rasa diri ni penting, dihormati, jd tempat rujukan... =)

 
Cinta dan Kasih Sayang 2 : Mak dan Abah
Thanks for making me who I am today....Sungguh......Seumur hidup kalau nak balas sume jasa2 parents aku ni mmg xkan terbalas......Demi anak,sanggup buat apa saja......Org lain kata xboleh,dorg yakinkan aku boleh...Org lain melemahkan semangat,dorg penguat semangat.....Terima kasih utk segalanya.....

Cinta dan Kasih Sayang 3 : (...............................................)
Hal yg 1 ini.....Urusan Yang Di Atas Sana...Biarlah masa yg berbicara.....Kalau ditakdirkan ada,aku terima seikhlas hati...Namun,kalau ditakdirkan tiada,cukuplah berbahagia dengan cinta dan kasih-sayang adik beradik dan keluarga.........

Saturday, August 14, 2010

Pilihan.....

Someone said in life, we must always have an option...So that if anything happens, at least we have an alternative to be depends on...

For me,I can only choose to have 1..Its either Yes or No....Succeed or Fail...Positive or Negative...Rewards or Punishment...Good or Bad.....Happiness or Tears......n also.........Stay or Leave......

I'm afraid when there's condition that I dont have that option...to be done......alone....

.