Wednesday, April 28, 2010

Renungan...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya akhirnya, apabila telah menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita..


Kita mungkin tidak sedar apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya dan ada ketikanya kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.. Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, tenangkanlah hati dengan ketentuan Ilahi kerana Dia lebih tahu apa yg terbaik utk hambanya..
Jangan pandang keindahan dan kemewahan kerana ia akan susut.. Carilah seseorang yang mampu membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan senyuman untuk mencerahkan hari yang suram..Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat merindukan seseorang sehingga ingin menggapainya dari mimpi kita. Mimpilah apa yang ingin dimimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin ditujui dan jadilah apa yang diinginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin dilakukan....